Cari Blog Ini

Ahad, 14 Ogos 2016

: NOTIS
Assalamualaikum WBT...

YBhg. Dato' Sri Timb./Naib Ketua,...
AJK UMNO Bhg. Kemaman,
Ketua Pergerakan Wanita,
Ketua Pergerakan Pemuda,
Ketua Pergerakan Puteri,
Ahli-ahli Jawatankuasa Sayap Bahagian
Pengerusi-pengerusi PDM
Ketua-ketua Cawangan
Ketua-ketua Sayap Cawangan
UMNO Bahagian Kemaman.


YB/Dato'/Tuan/Puan
NOTIS PERSIDANGAN PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN KEMAMAN TAHUN 2016

Adalah saya dengan hormatnya memaklumkan, bahawa sesuai dengan Fasal 14.3. Perlembagaan dan Fasal 4.1. Peraturan Persidangan, maka Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kemaman Tahun 2016, akan diadakan seperti mana kenyataan berikut :-

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Sayap-Sayap

TARIKH : 3 Sept (Sabtu)
MASA : 8.00 pagi
TEMPAT : Dewan Berlian (MPK)
PERASMI : YB. Datuk Hjh. Mas Ermieyati Bt. Hj. Samsudin
                    - Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian

TARIKH : 10 Sept (Sabtu)
MASA : 8.00 pagi
TEMPAT : Dewan Berlian (MPK)
PERASMI : YB. Dato' Seri Hj. Ahmad Bin Said
                    - Ketua UMNO Bahagian Kemaman

Oleh yang demikian, semua Para Perwakilan Cawangan yang dipilih dalam Persidangan Tahunan Cawangan Tahun 2016, sesuai dengan Fasal 17.5.6. Perlembagaan, adalah dijemput menghadiri Persidangan tersebut. Kehadiran YB/Dato' Seri/Tuan/Puan, adalah sangat dihargai, demi meneruskan pejuangan parti, bagi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara.

Borang Pencalonan bagi perwakilan G2(Sayap) dan G7(Bahagian) untuk Perwakilan ke Persidangan Agung UMNO Malaysia 2016 boleh didapati di Pejabat UMNO Bahagian Kemaman bermula tarikh surat dikeluarkan (14hb Ogos) dan bagi tarikh tutup pencalonan adalah seperti berikut:

A)G2(Sayap)

TARIKH : 25 Ogos (Khamis)...
JAM : 3.00Ptg
TEMPAT : Pejabat UMNO Bahagian Kemaman


B)G7(Bahagian)

TARIKH : 1 Sept (Khamis)
Jam : 3.00 Ptg
TEMPAT : Pejabat UMNO Bahagian Kemaman

S.k : YB. Dato' Seri Ketua UMNO Bahagian Kemaman.

Isnin, 25 Julai 2011

YB. Dato' Sri Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman Bermotosikal Masuk Felda



25 Julai 2011( Isnin). Felda Neram 1, YB. Dato' Sri Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Cheek merangkap Menteri Belia Dan Sukan Malaysia masuk Felda bagi melawat mangsa ribut yang telah memusnahkan lebih 100 buah kediaman. Beliau juga telah memberi sumbangan hamper kepada mangsa-mangsa tersebut. Lawatan tersebut juga dihadiri oleh YB. ADUN Air Putih dan Setiausaha UMNO Bahagian Kemaman serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Kemaman.

Sabtu, 12 Februari 2011

Jambatan Untuk Penduduk Padang Kubu


(Gambar Oleh : Edy UBK)
11 Februari 2011 (Jumaat). Padang Kubu, YAB Dato' Seri Menteri Besar Terengganu berhasrat untuk membina jambatan yang akan menghubungkan jalan antara Masjid Padang Kubu hingga ke Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Kubu. Beliau telah menyampaikannya semasa ucapan di Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Rakyat Peti Undi Padang Kubu pada malamnya. Dengan jambatan tersebut, ia akan memudahkan penduduk Padang Kubu terutamanya murid-murid Sek. Ren. Keb. Padang Kubu untuk ke sekolah dengan lebih cepat dan selamat.

Jumaat, 11 Februari 2011

RM100 Ribu Untuk SMK Geliga

(Gambar Oleh: Edy UBK)
11 Febuary 2011 (Jumaat). YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu telah memperuntukkan  wang sebanyak RM100 ribu kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga (SMKG), bagi menyambung semula pembinaan surau sekolah yang masih tidak siap. Beliau telah menyampaikannya semasa ucapan perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Geliga kali ke-11 Bagi Sesi 2011 pada hari ini.

Terengganu Laksanakan Pembelajaran Kelas Maya

KUALA TERENGGANU 11 Feb. – Mulai tahun ini, kerajaan negeri akan melaksanakan konsep pembelajaran kelas maya untuk pelajar tingkatan satu di semua sekolah menengah di Terengganu.Buat permulaan, kelas maya akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong dan SMK Mak Lagam bulan ini sebagai projek perintis.Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, sekiranya mendapat sambutan, ia akan diperluaskan ke seluruh sekolah menengah di negeri ini.

Beliau memberitahu, sekiranya berjalan lancar, semua sekolah menengah di Terengganu akan dilengkapi dengan konsep pembelajaran kelas maya.Menurutnya, kelas maya tersebut akan menggabungkan dua elemen peralatan pembelajaran yang bakal digunakan oleh pelajar serta guru iaitu buku elektronik, E-Book untuk pelajar manakala komputer riba untuk guru.

“Kita sudah berbincang dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi berhubung perkara ini untuk dilaksanakan di 10 sekolah siber di negeri ini dan Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang ada sekolah jenis ini,” katanya.Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menyerahkan E-Book kepada 567 murid tahun lima sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir di sini hari ini.

Pada masa ini, kelas maya mula dilaksanakan di sekolah rendah di Terengganu dengan tiga buah sekolah iaitu SK Paya Bunga, SK Kompleks Seberang Takir dan SK Teluk Kalong dipilih sebagai projek perintis sebelum dikembangkan ke sekolah lain.Ahmad Razif memberitahu, sekolah siber terdapat di setiap daerah di negeri ini antaranya SMK Kompleks Seberang Takir, SMK Telemong, SMK Seri Nilam, SMK Tengku Bariah, SMK Kuala Besut, SMK Seri Dungun dan SMK Saujana.Beliau berkata, setiap kelas maya bakal dilengkapkan dengan pelbagai fasiliti.(Sumber : umno-online.com)