Cari Blog Ini

Sabtu, 12 Februari 2011

Jambatan Untuk Penduduk Padang Kubu


(Gambar Oleh : Edy UBK)
11 Februari 2011 (Jumaat). Padang Kubu, YAB Dato' Seri Menteri Besar Terengganu berhasrat untuk membina jambatan yang akan menghubungkan jalan antara Masjid Padang Kubu hingga ke Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Kubu. Beliau telah menyampaikannya semasa ucapan di Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Rakyat Peti Undi Padang Kubu pada malamnya. Dengan jambatan tersebut, ia akan memudahkan penduduk Padang Kubu terutamanya murid-murid Sek. Ren. Keb. Padang Kubu untuk ke sekolah dengan lebih cepat dan selamat.

Jumaat, 11 Februari 2011

RM100 Ribu Untuk SMK Geliga

(Gambar Oleh: Edy UBK)
11 Febuary 2011 (Jumaat). YAB Dato' Seri Haji Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu telah memperuntukkan  wang sebanyak RM100 ribu kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga (SMKG), bagi menyambung semula pembinaan surau sekolah yang masih tidak siap. Beliau telah menyampaikannya semasa ucapan perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Geliga kali ke-11 Bagi Sesi 2011 pada hari ini.

Terengganu Laksanakan Pembelajaran Kelas Maya

KUALA TERENGGANU 11 Feb. – Mulai tahun ini, kerajaan negeri akan melaksanakan konsep pembelajaran kelas maya untuk pelajar tingkatan satu di semua sekolah menengah di Terengganu.Buat permulaan, kelas maya akan dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong dan SMK Mak Lagam bulan ini sebagai projek perintis.Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, sekiranya mendapat sambutan, ia akan diperluaskan ke seluruh sekolah menengah di negeri ini.

Beliau memberitahu, sekiranya berjalan lancar, semua sekolah menengah di Terengganu akan dilengkapi dengan konsep pembelajaran kelas maya.Menurutnya, kelas maya tersebut akan menggabungkan dua elemen peralatan pembelajaran yang bakal digunakan oleh pelajar serta guru iaitu buku elektronik, E-Book untuk pelajar manakala komputer riba untuk guru.

“Kita sudah berbincang dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi berhubung perkara ini untuk dilaksanakan di 10 sekolah siber di negeri ini dan Terengganu merupakan satu-satunya negeri yang ada sekolah jenis ini,” katanya.Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menyerahkan E-Book kepada 567 murid tahun lima sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir di sini hari ini.

Pada masa ini, kelas maya mula dilaksanakan di sekolah rendah di Terengganu dengan tiga buah sekolah iaitu SK Paya Bunga, SK Kompleks Seberang Takir dan SK Teluk Kalong dipilih sebagai projek perintis sebelum dikembangkan ke sekolah lain.Ahmad Razif memberitahu, sekolah siber terdapat di setiap daerah di negeri ini antaranya SMK Kompleks Seberang Takir, SMK Telemong, SMK Seri Nilam, SMK Tengku Bariah, SMK Kuala Besut, SMK Seri Dungun dan SMK Saujana.Beliau berkata, setiap kelas maya bakal dilengkapkan dengan pelbagai fasiliti.(Sumber : umno-online.com)